Bahan-bahan:
10gm serbuk agar-agar
1 cawan gula pasir
4 cawan air
200 ml santan segar+ 50 ml air
1 biji telur dipukul dengan santan tadi
Secubit garam
2 helai daun pandan
pewarna hijau dan perisa pandan
Sebatang kulit kayu manis
Cara Penyediaan:
Masak air dengan gula pasir dan daun pandan. Bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut. Kecilkan api. Masukkan pewarna hijau dan perisa pandan.
Kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih.
Masukkan kulit kayu manis untuk hilangkan bau telur.
Guna api sederhana dan kacau campuran tadi. Agak-agak dalam 10 minit boleh la buang kulit kayu manis tadi.
Tutup api dan tuang ke dalam acuan kegemaran.
Sejukkan seketika sebelum diletakkan di dalam peti sejuk.
Comments