5 hari di Langkawi

Alhamdulillah kami sampai ke Jeti Kuala Perlis dalam pukul 6.15 pastu beli tiket feri 1 way utk 2 dewasa (aku+suami) dan 2 kanak-kanak (abang+kakak) adalah sebanyak RM62.00. Adik free je. Harga tiket dewasa RM18.00 manakala kanak-kanak umur 13 tahun pula RM13.00 seorang. Naik bot selama lebih kurang 45 minit gitu la. Dalam pukul 7.45 malam kami selamat sampai di Langkawi.. rasanya bulan 4 aritu baru p Langkawi kursus satu opis.
Kami mengambil pakej dengan Puan Hazleena rumah dan kereta Exora. murah sangat iaitu RM930.00 sahaja. Homestay yang sangat bersih dan cosy. Memang recommended la.. Boleh check website Puan Hazleena di http://haszlena.blogspot.my/. Memang tepat la moto dia Murah,Bersih, Selesa. =)

Hari 1=
=beli lauk di Warung sebelum masuk Taman Nilam tu (homestay di taman tersebut)
=TomYam RM100.00 dengan Telur Bungkus 2 biji RM10.00 masak nasi (beras ayah beli) dan ngap
=pastu tengok tv, tidur!

Hari 2=
Oleh kerana cuaca hujan, plannya nak p berenang di pantai Tanjung Rhu. hujan renyai-renyai xmau brenti kami pun tukar la plan. Kami p berjalan di Air Hangat. rasanya ni la tempat paling murah dan berbaloi..
=Tiket masuk utk Dewasa hanya RM5, Kanak-Kanak RM3, Warga Emas RM2. seronok jugak la mommy dok rendam kaki. cuma x syoknya terpaksa share dengan berlainan jantina.. yela kan kalau ko nk masuk satu family secara private pun ok jugak.. cuma RM199 untuk pakej 2@3 org.. memandangkan ni percutian bajet, redha je la. yang penting anakanda happy dapat main kolam

Comments