Pengalaman Mengerjakan Umrah Kali kedua

Assalam. dah berkurun tak update blog ni. sebelum ini, janji nak cerita pasal umrah pada tahun 2012. Tapi janji tinggal janji.. heheh.. Jadi Mommy upload dulu gambar tentatif. Kali ni, kami mengambil pakej dari Tiram Travel. Hasil disponsori sekali lagi oleh ibu mertua. Syukur. Pakej umrah adalah berharga RM5999.00. Visa pulak Tiram caj RM100.00 kot (akan update kemudian) . manakala cucuk kesihatan sebanyak RM140.00 di Klinik Doktor Latifah (Jalan Langgar, Alor Setar).
Kami bertolak dari Alor Setar menaiki AirAsia ke KLIA2 lebih kurang pukul 7.00 pagi. Setelah sampai di KLIA2 kami menaiki Klia Transit. Hanya RM2.00 sahaja kadar tambang untuk dewasa. Bergigih jugak lah bawak luggage. Setelah solat zuhur dan jamak asar, kami dipanggil berhimpun. Mutawif yang bertanggungjawab untuk grup kami bernama Ustaz Nazmi. Setelah diberi penerangan sedikit sebanyak. Maka kami pun terbang menaiki penerbangan MAS selama 8 jam dan 45 minit. Makanan yang disediakan oleh pihak MAS portion dia agak kecil. Adoi, macam tak cukup pulak. heheheh.. Dah la tak berapa nak sedap.. Hamboi, jenis tak reti bersyukur tu. huhuhu..

Comments